Cara Solat Sunat Istisqa’ Mohon Hujan, Secara Berjemaah & Sendirian

 


Solat Sunat Istisqa’ dilakukan dua rakaat sama seperti solat fardhu atau solat sunat yang lain, cuma ada sedikit tambahan pada takbir seperti solat Hari Raya.

Berikut adalah caranya:

1. Lafaz Niat

Lafaz niat solat istisqa’ adalah:

*Maksudnya: Sahaja aku solat sunat istisqa’ dua rakaat menjadi imam / makmum / sendirian kerana Allah Taala.

2. Doa Iftitah & Takbir

Seperti solat hari raya, selepas membaca doa iftitah bertakbir sebanyak 7 kali dengan diselangi bacaan tasbih bagi rakaat pertama dan 5 kali takbir
yang juga diselangi dengan tasbih bagi rakaat kedua.

Lafaz tasbih:

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ، وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ الله، وَاللهُ أَكْبَرُ

 لاَحَوْلَ وَلاَ قُـوَّةَ إِلاَّ بِالله 

3. Membaca Al Fatihah & Surah

Imam sunat menyaringkan suara ketika membaca fatihah dan surah

Selepas membaca Al-fatihah, disunatkan membaca surah al-A’la bagi rakaat pertama dan surah al-Ghasyiah bagi rakaat kedua.

4. Meneruskan Solat Hingga Selesai 2 Rakaat

Solat diteruskan dengan rakaat kedua sehingga salam.

5. Khutbah

Selepas salam dan selesai solat, imam atau khatib disunatkan berkhutbah
(membaca dua khutbah).

PERSEDIAAN BAGI MELAKSANAKAN SOLAT SUNAT ISTISQA’

Perlu menginsafi bahawa manusia tidak mempunyai upaya untuk menentukan
sesuatu, kecuali dengan kehendak Allah SWT.

Oleh itu sebelum solat atau
bermunajat kepada Allah SWT perlu membuat persediaan berikut, antaranya:

2. Seluruh penduduk dengan pakaian yang biasa atau sederhana diminta turut
sama keluar beramai-ramai ke masjid atau tanah lapang bagi menunaikan
solat secara berjamaah.

HUJAN ADALAH RAHMAT DARIPADA ALLAH

Hujan adalah rahmat dan rezeki kurniaan Allah SWT kepada manusia.

Firman Allah Taala:

وَأَنزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً طَهُورًا

Maksudnya, “Dan Kami menurunkan dari langit: air yang bersih suci”

(Surah al-Furqan: 48).

Firman Allah Taala lagi:

وَأَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَّكُمْ

Maksudnya: “Dan Allah menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi rezeki (makanan) bagi kamu”

(Surah Ibrahim 32).

Dalam usaha kita melakukan pelbagai cara menghadapi musibah dan bencana, ingatlah juga bahawa manusia adalah makhluk yang serba lemah. Semuanya berlaku dengan izin Allah.

Maka dianjurkan melakukan solat sunat istisqa’ dengan penuh pengharapan kepada Allah.

Semoga Allah mendengar rintihan kita dan sudi mengelokkan cuaca serta menurunkan hujan bagi kita yang memerlukannya. Insha Allah.