Bacaan Doa Selepas Azan Rumi


Allahumma rabba hazihid da' watittamah.
Wassolatil qaimah.
Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah.
Wassyarafa waddarajatal 'aliatar rafi'ah.
Wab'athhul maqamal mahmudal lazi wa'adtah.
Innaka laatukhliful mi'ad.


Menjawab Seruan Azan:

Jika kita mendengar seruan azan yang dilaungkan muadzin (tukang azan@bilal), hendaklah kita menyahut, mengikut atau menjawab apa yang diucapkan dalam azan yang diserukan dengan perlahan-lahan, cuma pada bacaan :-

"Haiyaalas solah" dan "Haiyaalal falah" maka kita ucapkan "Laa haulawala quwwata illa billa hil alyyil aadzim" maksudnya "Tiada daya upaya dan kekuatan ku kecuali dengan pertolongan Allah".

"Assolaatu khairun minan naum" maka kita ucapkan "Syadaqta wa barirta waana mina syaahidiin" maksudnya " Benarlah dan mendapat kebaikanlah engkau dan aku adalah daripada yang menyaksikan".


Menjawab Bacaan Qamat:

Jika kita sembahyang berjemaah, maka yang membacakan Qamat itu cuma seorang sahaja contohnya muadzin (tukang azan@bilal), tidak perlu lagi kita Qamat. Bagaimanapun untuk beroleh pahala hendaklah kita menyahut, mengikut atau menjawab apa yang diucapkan dalam Qamat yang dibacakan oleh muadzin dengan perlahan-lahan, cuma pada bacaan:-

"Haiyaalas solah Haiyaalal falah" maka kita ucapkan "Laa haulawala quwwata illa billa hil alyyil aadzim" maksudnya "Tiada daya upaya dan kekuatan ku kecuali dengan pertolongan Allah".

"Qadqamatis solah Qadqamatis solah" maka kita ucapkan "Aqaamahallahu wa adaamahaa" maksudnya "Semoga Allah menjadikan Solat ini berdiri terus dan kekal"


( Semoga paparan ini sedikit sebanyak dapat mambantu pemahaman kita, penulisan dalam rumi hanyalah sekadar panduan sahaja dan tidak boleh digunakan bagi menggantikan sebutan asal tulisan jawi )