Menjaga Lidah ketika Berpuasa - 1 hadis 1 hari


Menjaga Lidah ketika Berpuasa
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda : “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau diajak bermusuhan, maka hendak ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Huraian Hadith :

Kelebihan orang yang berpuasa bukan sahaja terletak kepada menahan makan dan minum serta mengerjakan perkara-perkara yang membatalkan puasa, tetapi menjaga setiap anggota daripada melakukan perkara yang mengosongkan pahala puasa. Inilah yang sangat dikehendaki oleh Islam, seperti menjaga lidah dan lainnya.
Orang yang berpuasa hendaklah sabar menerima dugaan daripada Allah SWT, sekiranya mereka dimaki hamun dan diajak berkelahi oleh seseorang maka hendaklah ia berkata “aku berpuasa”.
Untuk mengelak daripada melakukan perkara yang merosakkan puasa, maka (seseorang yang berpuasa) digalakkan oleh Islam agar banyak beristighfar kepada Allah, berzikir, berselawat dan sebagainya.


Sumber :

Kitab Riyadhus Salihin

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin (e-hadith JAKIM)

Panduan Solat Sunat Taubat Rumi


SOLAT SUNAT TAUBAT.

Syarat-syarat taubat:
1- Ikhlas ingin bertaubat.
2- Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi.
3- Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan.
5- Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya.
6- Dikerjakan sebelum ajal tiba.

RINGKASAN TATACARA MENGERJAKAN SOLAT TAUBAT

Rakaat Pertama

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Taubat
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah dari al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri
Selagi masih sempat bertaubat sebelum terlambat lakukan segera mungkin hari ini hari terakhir kita.


______________________________________________
Solat ini dilakukan sebagai tanda kita bertaubat kepada Allah. Tiada waktu yang tertentu ditetapkan, boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja apabila seseoarng itu rasa menyesal dan ingin bertaubat kepada Allah. Seelok-eloknya setelah kita melakukan istighfar, munajat, muhasabah diri...dan bertaubat kepada Allah di tengah malam yang sunyi.. kemudian disusuli dgn solat tahajjud dsb...

Digalakkan utk dilakukan dalam bulan-bulan haram iaitu Muharram, Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat .Lafaz Niat :

صَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja Aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah SWT.Setelah membaca surah al-Fatihah, bacalah surah al-Kafirun di rakaat pertama dan di rakaat kedua pula Surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali.

Doa Sujud terakhir rakaat kedua.
لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِينَ. فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
Tiada Tuhan melainkan Engkau, sesungguhnya aku telah menzalami diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak.
Maka tiada siapa yang dapat mengampuni dosaku melainkan Engkau

Istighfar-Istighfar

1. 100 kali
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

2. Tiada had
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَظِيمِ
Tiada keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi laranganMu) melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Besar.

3. Ataupun dengan istighfar dan taubat yang ringkas ini
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ
Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku.

Doa Taubat


أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ تَوْبَةٍعَبْدٍ ظَالِمٍ لاَ يَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا وَلَا نَفْعًا وَلَا مَوْتَا وَلَا حَيَاةً وَلَا نُشُوْرَا
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Waktu melaksanakan taubat :

Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail.


dan waktu tak boleh laksanakan solat sunat adalah:
Fuqaha Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah jika dilakukan dalam lima waktu berikut:

1. Selepas sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’), hingga matahari menyingsing sepenggalah.

2. Ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah.

3. Selepas melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan secara tunai sekalipun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).

4. Ketika matahari berwarna kuning, hingga terbenam seluruhnya.

5. Ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah langit) hingga gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada di tengah-tengah langit pada hari Jumaat.

WALLAHU'AKLAM.

Panduan Solat Witir Rumi


Solat witir dilakukan selepas solat isyak.

Solat sunat witir hukumnya muakkad, iaitu sunat yang amat digalakkan di dalam Islam.

Solat ini disebut witir kerana ganjil – bersesuaian dengan bilangan rakaat solat sunat ini iaitu satu, tiga, lima, tujuh, sembilan atau sebelas rakaat.

(Sekurang-kurangnya satu rakaat dan sebanyak-banyaknya sebelas rakaat)

CARA SOLAT WITIR
Bulan Ramadan, pasti ada solat Witir selepas solat Terawih. Ramai beranggapan bahawa solat sunat Witir hanya ada pada bulan puasa sahaja! Mari kita dapatkan sedikit panduan mengetahui fadhilat dan kelebihan solat sunat Witir ini.

Sila rujuk gambar di bawah yang diperolehi dari JAKIM. Boleh download keseluruhan panduan Qiamullail dari JAKIM dalam bentuk PDF di sini





.

Solat Tarawih Bersendirian & Berjemaah - Panduan Lengkap Rumi

Melaksanakan solat sunat tarawih adalah antara amalan-amalan yang begitu dituntut (sunat muakkad) dalam bulan Ramadhan.
Ia boleh dilakukan secara bersendirian di rumah mahupun berjemaah di masjid dan surau.
Tarawih ertinya Istirehat.
Maka solat ini dilaksanakan berselang-seli dengan ‘berehat seketika’.
Tujuan berhenti rehat sekejap adalah untuk memperolehi keikhlasan dan memberikan ketenangan kepada mereka yang bersolat, khususnya kepada warga emas disamping mengelakkan ketegangan badan selepas berbuka puasa.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesiapa yang melakukan solat malam (Tarawih) pada Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan dan keampunan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu
— Hadis riwayat Muslim
Solat sunat tarawih adalah satu ibadah qiamullai yang sangat digalakkan pada bulan Ramadan sehingga nabi menggelarkan ia “qiam ramadan”.
Ia sangat istimewa sehingga Allah menjanjikan ganjaran keampunan kepada mereka yang mengerjakannya.
Waktu Untuk Mengerjakan 
Waktu untuk mengerjakan solat sunat tarawih adalah selepas Solat Sunat Ba’diyyah Isyak sehinggalah terbit waktu fajar.
Adalah digalakkan untuk mengerjakan solat sunat ini secara berjemaah di masjid kerana ganjaran pahalanya begitu besar.
Jumlah Rakaat
Rasulullah tidak pernah menetapkan bilangan rakaat yang perlu dilakukan.
Solat Sunat Tarawih ialah ibadat tambahan yang dilakukan dalam keadaan tenang dan tidak tergopoh-gapah.
Ia satu cara untuk menunjukkan keikhlasan, kebaktian dan ketaatan kepada Allah SWT.
Jesteru itu, Rasulullah SAW menyuruh ia dilakukan mengikut kemampuan, keikhlasan dan kerelaan.
Sekiranya tidak mampu melakukan 20 rakaat disebabkan tugas mahu pun kesihatan, memadai dengan lapan rakaat sahaja.
Selepas itu, solat sunat tarawih akan diakhiri dengan solat witir.
Bilangan rakaat Solat Sunat Tarawih yang biasa dilakukan Rasulullah SAW adalah 11 rakaat; terdiri dari 8 rakaat solat Tarawih dan 3 rakaat Solat Sunat Witir.
Jumlah ini dipilih oleh kebanyakan umat Islam Malaysia.
Biasanya Solat Sunat Tarawih dipisahkan kepada 2 rakaat demi 2 rakaat (4 kali 2 rakaat) dengan setiap dua rakaat satu salam.

Lafaz Niat Solat Tarawih

Oleh kerana solat sunat tarawih boleh dilakukan sama ada secara bersendirian atau berjemaah, maka terdapat 2 lafaz niat yang saya akan terangkan.
Lafaz niat membantu kita sewaktu berniat solat (rukun) semasa Takbiratul Ihram.

Solat Tarawih Bersendirian

Lafaz niat solat sunat tarawih secara bersendirian ialah:

Cara Solat Terawih

Berikut adalah cara solat sunat tarawih yang boleh dilakukan sama ada secara sendirian atau berjemaah.

1. Lafaz Niat Solat Terawih

Lafaz niat sembahyang sunat Tarawih adalah seperti berikut :
اُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ إِمَامًا ِللهِ تَعَالَى
( Usolli sunnatal tarawih rak’ataini lillahi taala)

Sahaja aku sembahyang sunat Tarawih dua rakaat
*(menjadi makmum / imam) kerana Allah Taala.

2. Menyempurnakan Rukun Solat Yang Lain

Rukun sembahyang sunat Tarawih ini samalah dengan rukun
sembahyang yang lain juga.
Ini bermaksud, selepas lafaz niat dan takbiratul ihram, kita perlu membaca al-Fatihah, surah pilihan, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, dan kemudian meneruskan rakaat kedua sehinggalah bacaan tahiyat akhir dan diakhiri dengan salam.
Jumlah rakaat boleh dilakukan sama ada 8 rakaat (4 salam) atau 20 rakaat (10 salam).

3. Bacaan Surah

Secara ringkasnya, sebenarnya kita boleh membaca apa-apa surah yang dihafal.
Namun pada malam 1 hingga 15 Ramadhan boleh juga dibacakan surah-surah yang tertentu pada rakaat pertama mengikut susunan seperti:

  • Surah Al-Takathur
  • Surah Al-Asr
  • Surah Al-Humazah
  • Surah Al-Fil
  • Surah Quraisy
  • Surah Al-Ma’un
  • Surah Al-Kautsar
  • Surah Al-Kafi run
  • Surah An-Nasr
  • Surah Al-Masad

Pada tiap-tiap rakaat yang kedua pula dibaca surah al-Ikhlas.
Dari malam 16 hingga akhir Ramadhan,
  • Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr.
  • Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam-malam 1 hingga 15 Ramadhan iaitu bermula dari surah al-Takathur hingga kepada surah al-Masad.
*Penentuan sesuatu surah seperti yang disebutkan itu
hanyalah untuk memudahkan kita mengingati bilangan rakyat
sahaja dan kerana itu seseorang boleh membaca mana-mana
surah atau ayat yang diingatnya.
Begitu juga tentang peraturan berselawat antara rakaat-rakaat sembahyang Tarawih seperti yang dikongsikan di bawah ini.

Selawat & Wirid Antara Solat

Acara selawat dan bacaan tertentu ketika memulakan atau di antara solat terawih tidaklah dimestikan jika kita tidak menghafalnya.
Namun, tidak salah juga jika kita ingin mengamalkannya kerana tujuannya adalah untuk menambahkan lagi ibadat pada bulan yang mulia ini.

Sebagai panduan, berikut adalah bacaannya: